Bagaimana Buat Muka Glowing Tanpa Produk

Bagaimana buat muka glowing tanpa menggunakan sebarang produk kecantikan? Tahukah anda akan jawapannya? Sudah tentu gunakan bahan semulajadi yang sememangnya murah dan mudah di dapati. Tak perlu produk kosmetik kerana kebanyakan produk kosmetik mengandungi bahan kimia yang memang bahaya untuk kulit kita. Oleh itu eloklah kita beralih ke cara tradisional yang memang terbukti berkesan dan selamat. Tips ini bukan sahaja memberikan glow pada wajah anda malah ia mampu mencerah dan menegangkan kulit muka anda.

Bagaimana Cara Buat Muka Glowing

Cara Buat Muka Glowing

Bahan Utama:
Betik

Cara Bagaimana Buat Muka Glowing,Cerah dan Tegang Semulajadi

1. Buangkan kulit betik. Lenyekkan dan kisarkan betik sehingga hancur.

2. Ambil betik yang telah dikisar tadi dan sapukan pada muka anda.

3. Biarkan ianya selama 20-30 minit pada muka anda.

4. Basuh muka anda dengan air suam atau air bersih.

Senang kan? Untuk pengetahuan semua, betik mengandungi vitamin A dan mampu membantu anda dalam menanggalkan sel kulit mati dan ia juga mampu merawak kulit bermsalah, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah liang roma yang besar atau terbuka. Selain titu betik juga mengandungi vitamin C dan E yang boleh membantu dalam memberi keremajaan pada kulit anda supaya sentiasa kelihatan muda.

p/s: Petua buat muka glowing ini memang mudah dan murah. Terpulang pada anda sama ada ingin mencuba atau tidak. Bagi yang telah mencuba dan mendapat kesan yang baik boleh sharekan dan komen di bawah. Anda juga boleh membaca petua kami berkaitan Petua Menghilangkan Parut Jerawat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge