Ketahui Apakah Kesan Stress Kepada Anda??

Stress adalah tindakbalas fizikal dan mental dalam melindungi diri anda. Apabila stress berfungsi dengan positif maka ia akan membantu anda bagi mengekalkan tahap tumpuan, kepekaan dan kepantasan anda bekerja. Di dalam keadaan kecemasan, stress boleh membantu dalam kecemasan. Sebagai contoh apabila anda sedang memandu tiba-tiba kereta di hadapan anda memberhentikan kereta secara mengejut, stress akan menyebabkan tindakbalas spontan untuk anda menekan brek ataupun mengelak kereta tersebut. Di sini kita akan bincangkan apakah kesan-kesan stress terhadap diri kita.

 

Apakah Kesan Stress Kepada Anda??

 

# 1 Kesan stress dari segi kesedaran

  • Mudah lupa
  • Kurang daya tumpuan
  • Tidak boleh membuat keputusan dengan betul
  • Fikiran berkecamuk
  • Sentiasa risau

 

punca dan kesan stress

Punca dan kesan stress

# 2 Kesan stress terhadap Emosi

  • Bermasam muka/Moody
  • Mudah marah dan panas baran
  • Tidak boleh bertenang
  • Terasa diri kekurangan/lemah
  • Terasa keseorangan dan kesepian
  • Sedih
  • Tidak gembira

 

# 3 Kesan stress terhadap fizikal

  • Sakit dan pening kepala berterusan
  • Sakit dada
  • Mudah terasa letih
  • Sakit jantung
  • Darah tinggi

 

# 4 Kesan stress terhadap sikap

  • Kurang selera makan atau selera makan terlampau kuat
  • Tidur terlampau lama atau terlampau kurang tidur
  • Mengasingkan diri anda daripada orang lain
  • Mudah gelabah
  • Mengambil dadah, arak dan rokok bagi menenangkan fikiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge