Android Apps Islamic (Free) Untuk Anda

Salam, di sini kami akan menyenaraikan 3 android apps islamic free yang anda boleh dapatkan untuk telefon pintar anda. Perisian-perisian android ini amat berguna tidak kira di mana anda berada kerana ke mana sahaja anda pergi anda pasti membawa telefon anda bersama-sama.

 

 Android Apps Islamic FREE untuk semua

 

# 1 iQuran

iquran android apps islamic free

iquran android apps islamic free

iQuran adalah merupakan antara salah satu apps al-Quran terbaik bagi telefon pintar anda. Anda boleh memuat turun versi percuma di (Google Play) di mana ianya agak terhad iaitu anda hanya mempunyai hanya 1 Qari Al-Quran yang boleh dimuat turun, fungsi tajwid yang agak terhad dan terjemahan bagi versi percuma ini hanya ada dalam bentuk bahasa Inggeris. Sekiranya anda ingin sesuatu yang lebih seperti pilihan Qari dan Terjemahan Bahasa Malaysia maka anda boleh membelinya.

 

# 2 Waktu Solat

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
waktu solat apps android islamik free

waktu solat apps android islamik free

Aplikasi Waktu Solat amat berguna dalam menentukan waktu solat dengan tepat berdasarkan lokasi anda. Aplikasi ini mendapatkan maklumat waktu solat daripada pihak JAKIM dan ianya turut dilengkapi dengan penunjuk arah kiblat yang memerlukan anda menghidupkan fungsi GPS . Perisian ini memerlukan anda update maklumat waktu solat pada setiap awal bulan bagi memastikan maklumat dan data waktu solat adalah yang tepat dan terkini. Perisan waktu solat ini amat membantu dalam mengingatkan anda kepada tanggungjawab anda sebagai orang islam dalam mengerjakan solat di mana ia akan menghasilkan bunyi sms bagi memaklumkan anda masuknya waktu solat. Dapatkan di sini (Google Play).

 

# 3 Digital Tasbeeh

digital tasbeeh

Perisian ini adalah perisian yang anda boleh gunakan oleh anda semasa berzikir. Ianya akan bergetar apabila sampai ke bilangan yang terakhir. Cara gunakan perisian ini amat mudah, anda hanya perlu tap pada skrin telefon android anda dan bilangan akan bertambah. (Google Play)

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *