Anda Salah! Ini Cara Cuci Rambut Yang Betul!

Cara cuci rambut yang betul. Tahukah anda bahawa jika kita menggunakan cara mencuci rambut yang tidak betul, rambut kita akan menjadi rosak dan berkemungkinan menyebabkan rambut mudah gugur. Di sini kami ingin kongsikan kaedah dan cara yang betul bagi mencuci rambut anda.

Cara Cuci Rambut Yang Betul

Cara Cuci Rambut Yang Betul

1. Cuci rambut anda hanya sekali dalam 2 atau 3 hari. Sekiranya anda kerap mencuci rambut sebagai contoh anda mencuci rambut anda setiap hari maka anda akan menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan nutrien tidak akan dapat di serap ke dalam kulit kepala anda.

2. Digalakkan menggunakan syamfoo rambut yang berasaskan bahan semulajadi iaitu mengandungi bahan-bahan herba. Jangan sesekali menggunakan syampoo rambut yang mengandungi banyak bahan kimia.

3. Amalkan mengurut kepada perlahan-lahan. Dicadangkan anda mengurut kepala 30 minit sebelum anda mandi. Urutan pada kepala membantu mengelakkan rambut anda daripada tercabut semasa mencucinya dengan syampoo.

4. Gunakan conditioner yang sesuai dengan kulit rambut anda supaya menguatkan akar rambut dan menyegarkan kulit kepala.

5. Semasa mencuci rambut, sapukan syampoo dengan rata.Basuhkan secara berperingkat-peringkat iaitu dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Biarkan ia sekurang-kurangnya seminit sebelum mencucinya dengan air bersih.

Selain itu antara nasihat kami ialah jangan gunakan sabun badan sebagai syampoo rambut kerana ia akan merosakkan rambut dan kulit kepala anda.

P/S: Anda juga mungkin berminat mmebaca berkaitan Kebaikan Santan Kelapa Untuk Kecantikan dan Kesihatan. Sekiranya tips cara cuci rambut yang betul ini bermanfaat untuk anda maka anda bolehkan share kepada rakan-rakan supaya ianya memberi manfaat kepada semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge