Anda Patut Berhenti Buat 9 Perkara Ini, Terutamanya Jika Anda Dalam 20 ke 30an

Adakah anda dalam lingkungan 20 ke 30-an. Jika ya, anda perlu hentikan buat 9 perkara ini jika anda inginkan kejayaan dan ketenangan jiwa. mari kita lihat 9 perkara tersebut yang kami senaraikan khas buat anda.

Anda Patut Berhenti Buat 9 Perkara Ini, Terutamanya Jika Anda Dalam 20 ke 30an

1. Berhenti tentukan orang sukakan anda berdasarkan bilangan ‘like’
Zaman media sosial sekarang banyak yang suka sharekan aktiviti dan perasaaan di media tersebut namun jumlah like tidak mengambarkan nilai sebenar diri anda. Walaupun beribu like namun bukan semuanya sukakan anda.

2. Kerap membandingkan diri dengan kawan-kawan anda
Hentikan membandingkan diri anda dengan kawan-kawan anda. Diri anda adalah diri anda sendiri. Bersyukur dengan diri anda sendiri dan sedar bahawa anda telah lakukan yang terbaik. Apa yang anda ada itulah yang terbaik setakat ini buat anda. Tidak perlu bandingkan pekerjaan anda, rumah, kereta dan sebagainya. Usahakan untuk diri anda dan tanamkan matlamat dan cita-cita anda sendiri.

3. Membiarkan orang lain menetapkan apa yang anda perlu anda lakukan
Jangan biarkan orang lain menetapkan apa yang anda perlu buat dan capai. Lakukan mengikut kehendak anda dan lakukan sesuatu berdasarkan minat dan kepakaran anda.

4. Selalu berazam dan bercakap keinginan memperbaiki diri
Hentikan daripada bercakap dan berazam sahaja. Senaraikan apa yang anda ingin baiki di selesai kertas dan susun mengikut keutamaan. tetapkan juga tempoh masa untuk sesuatu matlamat itu. Paksa diri anda melakukan apa yang anda telah senaraikan mengikut tempoh yang anda telah tulis.

5. Tidak Mengambil masa untuk tenang
Jika anda pernah kecewa atau pernah disakiti maka anda perlu mengambil sedikit masa bagi mengubati kesakitan dan menenangkan diri. Jika anda perlu menangis maka menangislah kerana selepas itu anda akan merasa lega.

6. Kekal di zon selesa
Jika anda selesa di sesuatu takuk namun sekiranya ianya bukan matlamat atau impian anda maka anda perlu memikirkannya semula. Anda ada peluang untuk mengejar cita-cita anda dan masa masih ada untuk anda menetapkan semula perjalanan hidup anda.

7. Menghukum dan mengkritik orang lain
Hentikan mengkritik dan menghukum orang lain. Bukan semua orang perfect dan semua orang ada kelemahan. Belajar menerima kelemahan dan kekurangan orang lain.

8. Tidak mengaku akan kesalahan diri
Melakukan kesalahan adalah tidak boleh dielakkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengaku akan kesalahan anda. Minta maaf dan perbaiki diri.

9. Bertekad akan melakukan sesuatu apabila anda ada wang atau berjaya menguruskan badan.
Ini adalah pemikiran yang sangat teruk. Anda boleh melakukan sesuatu perkara itu walaupun anda belum ada wang cukup ataupun kurus. Sebagai contoh orang gemuk juga boleh bersukan. Tak perlu tunggu kurus kalau nak bersukan.

Anda juga mungkin berminat membaca berkaitan Bagaimana Menangani Stress Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge