8 Tips Bagaimana Mengenal Skim Penipuan & Cepat Kaya

Skim cepat kaya itu benar-benar mengkayakan anda atau tidak?  Pada masa kini terdapat banyak skim-skim pelaburan yang berteraskan kepada penipuan dengan menjanjikan pulangan mahupun pendapatan yang berlipat kali ganda  berbanding modal yang dilaburkan.

Skim-skim pelaburan ini biasanya menggunakan tiket sebagai multi level marketing, direct seling, pelaburan internet, pelaburan saham, pelaburan peram dan sebagainya. Di sini kami akan menyenaraikan panduan dan cara bagaimana mengenal skim penipuan berdasarkan 8 tips.

 

Bagaimana Mengenal Skim Penipuan / Skim Cepat Kaya (CARA MUDAH)

 

  1. Jaminan Pendapatan dan Pulangan Yang Tinggi/Sangat Tinggi
    Skim pelaburan cepat kaya biasanya menjanjikan anda pulangan yang berlipat kali ganda dan kadang kala tidak logik jika difikirkan. Di sini anda hendaklah berhati-hati dengan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi tanpa sebarang risiko.
  2. Downline
    Kebanyakan skim cepat kaya dan skim penipuan biasanya memerlukan anda mencari orang bawah mahupun downline. Jauhkan diri anda dari pelaburan seperti ini kerana ia mengandungi ciri-ciri skim penipuan.
  3. Peluang Pelaburan Hanya Bagi Masa Yang Terhad Sahaja
    Ini selalu digunakan sebagai teknik psikologi bagi menarik minat pelabur terhadap sesuatu skim itu. Anda sebagai pengguna dan pelabur haruslah jangan sesekali menyertai sesuatu skim pelaburan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan anda benar-benar memahami apa pelaburan itu lakukan dan apa produk yang dijualnya. 

    _______________________________________________________

    >>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

    Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

    >>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

    _______________________________________________________
    skim cepat kaya

    skim cepat kaya

     

  4. Hadiah Lumayan
    Jangan sesekali melayan panggilan yang menyuruh anda melakukan pengiriman wang ke luar negara terutamanya negara asing bagi membolehkan anda menuntut hadiah yang lumayan dijanjikan mereka.
  5. Panggilan Telefon Tidak Diundang
    Pastikan anda berhati-hati dengan panggilan telefon daripada syarikat mahupun individu tertentu yang tidak anda kenali.
  6. Untung Yang Besar Tanpa Risiko
    Janji pihak syarikat mahupun skim bahawa anda bakal mendapat untung besar tanpa sebarang risiko adalah merupakan tanda yang amat jelas ia adalah skim penipuan. Bagi mengelakkan anda terjerat, pastikan anda kaji prestasi syarikat terbabit, laporan tahunan, prospektus dan lesen syarikat. Pastikan anda mendapat maklumat yang lengkap berkaitan syarikat dan skim pelaburan tersebut.
  7. Maklumat Syarikat
    Sekiranya maklumat syarikat sukar untuk diperolehi maka kemungkinan ianya bukanlah syarikat yang sah.
  8. Syarikat Dagangan Asing Berlesen
    Pastikan syarikat pelaburan tersebut merupakan syarikat yang berlesen dengan pihak berkuasa. Semak Sini

 

Terdapat banyak cara yang boleh menyebabkan anda tertipu dengan skim penipuan mahupun skim cepat kaya. Apa yang penting pastikan anda melabur di tempat yang betul  dan elakkan sikap tamak dalam diri anda. Semoga tips dan panduan bagaimana mengelak dan mengenal skim penipuan dan skim cepat kaya di atas dapat membantu anda.  :)

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *