7 Khasiat Daun Durian Belanda Turun Temurun

Kebaikan daun durian belanda memang diketahui oleh kebanyakan orang melayu namun cara pengaplikasiaannya masih samar-samar dan tidak menjadi amalan lagi. Di sini kami ingin kongsikan 7 kegunaan dan kebaikan daun durian belanda yang anda boleh manfaatkan dalam segi kesihatan.

 Kebaikan Daun Durian Belanda Untuk Kesihatan

Kebaikan Daun Durian Belanda Untuk Kesihatan

 Kebaikan Daun Durian Belanda Untuk Kesihatan

1. Mengatasi Diabetis

Bagi mengatasi penyakit diabetis ataupun lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis, amalkan meminum air rebusan daun durian belanda. Amalkan setiap hari dan anda akan lihat kadar gula dalam darah anda menurun dan menjadi stabil. Antara kebaikan daun durian belanda ia boleh membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah anda.

2. Mengubati dan Mencegah Kanser

Dapatkan dalam 10 helai daun durian belanda yang sudah agak tua dan rebuskannya dengan 3 gelas air. Masak sehingga ianya mendidih sehingga ianya cukup menjadi segelas air. Amalkan air daurain belanda ini 2 kali sehari, selama 2 minggu atau sehingga kanser itu sembuh.

3. Mengubati Sakit Saraf/Urat

Kebaikan daun durian belanda ialah ia dapat bantu anda dalam mengubati sakit saraf ataupun urat.Rebuskan dalam 10 helai daun durian belanda yang sudah tua, tetapi warnanya masih kehijauan pekat. Cucikan sehingga bersih dan rebuskan dengan 2 gelas air, masak sehingga mendidih dan biarkan ia masak sehingga cukup untuk 1 gelas. Amalkan 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang untuk leboh berkesan.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

4. Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi adalah merupakan antara faktor utama yang mengundang kepada penyakit strok.Sekiranya anda ada mempunyai tanda-tanda penyakit tersebut,seeloknya minumlah air rebusan daun durian belanda bagi menstabilkan semula tekanan darah.

5. Membantu Menguatkan Daya Tahan Tubuh

Daun durian belanda juga mampu membantu menguatkan daya tahan tubuh seseorang. Dapatkan lima helai daun durian belanda dan rebuskan dengan air sebanyak 4 gelas. Masak hingga mendidih dan biarkan ia sehingga cukup untuk segelas. Amalkan sehari sekali.

6. Membantu Mengatasi Buasir

Untuk mengatasi masalah sakit buasir, dapatkan dalam 10 helai daun durian belanda tua. Rebus dengan air sebanyak 3 gelas air, masak dan didihkan ia sehingga cukup untuk  segelas. Setelah ianya suam ia boleh diminum. Amalkan sekali sehari sehingga sakit buasir anda sembuh.

7. Merawat Sakit Pinggang

Daptkan dalam 20 helai daun durian belanda dan rebuskan dengan air sebanyak 5 gelas air. Masak sehingga ianya mendidih. Biarkan mendidih sehingga tinggal cukup untuk 3 gelas minum. Selepas itu, amalkan minum ¾ gelas air rebusan tadi sehari sekali.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Anda mungkin berminat dengan Petua Cara Buang Angin dalam Badan

Facebook Comments