6 Tips Bagaimana Membuat Pekerja Setia Dengan Kita

Bagaimana Membuat Pekerja Setia dengan kita dan syarikat? Sebagai sebuah syarikat dan menjalankan perniagaan, pekerja adalah sesuatu aset yang sangat penting dalam memastikan perjalanan perniagaan dan syarikat berjalan lancar. Pekerja yang berpengalaman dan mahir membantu anda menjana pendapatan dan sangat diperlukan oleh anda sebagai pemilik perniagaan.

Namun sedarkah anda hampir 50% pekerja di negara ini  mencari pekerjaan baru dalam masa 6 bulan akan datang, manakala hampir 70% mencari pendapatan sampingan secara pasif. Ini menunjukkkan ramai para pekerja di Malaysia ini tidak berpuas hati dengan kerja sekarang ataupun gaji yang diberikan tidak mencukupi.

Kehilangan pekerja yang berpengalaman dan mahir memang tidak dapat dielakkan. Ianya akan menyukarkan anda dimana anda perlu melatih semula staff baru dan produktiviti dan kualiti kerja mungkin akan menurun berbanding sebelum ini.

Di sini kami kongsikan beberapa cara dan tips bagaimana kekalkan kesetiaan pekerja kepada kita dan syarikat sebagai panduan anda.

Bagaimana Membuat Pekerja Setia

Bagaimana Membuat Pekerja Setia

Bagaimana Membuat Pekerja Setia Dengan Kita & Syarikat

1. Kepercayaan.

Berikan kepercayaan kepada pekerja anda,berikan mereka sesuatu tanggungjawab dalam kerja supaya mereka sentiasa belajar dan berkembang. Ajarkan mereka latihan, ilmu dan kemahiran baru.

2. Hargai Pekerja

Tunjukkan anda menghargai mereka. Sebagai contoh berikan hadiah dan bonus atau komisen atas keuntungan/prestasi yang mereka. Sekiranya sayarikat mendapat sesuatu pencapaian mungkin anda boleh raikan para pekerja dengan belanja makan,wayang dan sebagainya.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

3. Perkongsian Keuntungan.

Anda boleh berikan insentif kepada para pekerja anda berdasarkan prestasi dan keuntungan syarikat. Ini bagi menanamkan kesetiaan dan kesungguhan pekerja kepada syarikat anda. Semakin banyak mereka dapat semakin setia mereka kepada syarikat dan perniagaan anda.

4. Pujian.

Bagi memastikan pekerja sentiasa setia kepada anda, kaedah pujian boleh dicuba. Sekiranya seseorang pekerja itu melakukan kerja yang bagus, anda pujilah dia di hadapan rakan-rakannya. Berikan pujian yang ikhlas dan tidak berlebih-lebihan. Ini bagi meningkatkan moral dan semangat para pekerja anda. Sekiranya pekerja anda bermasalah maka panggil dan tergurla ia. Jangan sesekali tegurnya di hadapan rakan-rakannya kerana ia akan memberi aura negatif buat anda.

5. Mesra dan Senyum

Layan pekerja anda seperti ahli keluarga anda. Mereka pasti selesa dan sanggup berhempas pulas membantu anda dalam menjana pendapatan. Selain itu murahkan muka anda dengan senyuman. Majikan yang murah dengan senyuman disukai dan dihormati oleh para pekerja.

6. Kebajikan dan Kesihatan.

Jangan berkira dengan pekerja anda berkaitan kebajikan dan kesihatan. Sumbangkan sedikit wang ringgit jika ada sanak saudara pekerja anda dalam kesusahan atau ada kematian. Selain itu, anda juga boleh melawat dan menziarah sekiranya ada kemalangan,sakit dan kematian. Ini menunjukkan anda peka dan mengambil berat akan kebajikan dan kesihatan mereka.

Perlu diingatkan tanpa pekerja yang setia anda pasti tidak akan berjaya buat jangka masa yang panjang. Amalkan kesemua tip bagaimana membuat pekerja setia dengan kita di atas dan pasti anda boleh maju dan terus maju.

Anda juga mungkin berminat membaca artikel Bagaimana Membina Kepercayaan Pelanggan

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *