6 Petua Bagaimana Menghilangkan Batuk Berkahak (Tradisional)

Petua bagaimana menghilangkan batuk berkahak ini mempunyai beberapa cara dan petua yang anda boleh amalkan. Di sini kami kongsikan 6 petua dan tips bagi merawat batuk berkahak secara tradisional dan semoga ianya bermanfaat buat anda dan keluarga anda.

Petua Bagaimana Menghilangkan Batuk Berkahak

Menghilangkan Batuk Berkahak

Petua Bagaimana Menghilangkan Batuk Berkahak

1. Kerak Nasi
Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan di dalam air suam. Setelah nasi itu menjadi kembang, minum airnya itu dan amalkan setiap pagi.

2. Madu Lebah Asli
Campurkan air suam dengan 2 sudu teh madu lebah asli. Kacau campuran ini sehingga ianya sebati dan amalkan meminum air campuran madu tersebut seeloknya 3 kali setiap hari.

3. Pisang
Ambil beberapa biji pisang dan rebuskan. Setelah pisang itu lembik, campur dengan sedikit garam, santan secukupnya dan perasa vanila. Kacau ia sehingga rata dan airnya dibuat minum.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

4. Daun Pegaga
Dapatkan segenggam daun pegaga. Tumbuk dan lumatkan daun pegaga itu. Tapis supaya dapat airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkannya selama semalam. Cuba minum air ini 2 kali dalam seminggu.

5. Limau Sunkist
Ambil 1 biji buah limau sunkist dan buat lubang seperti bentuk pangkah pada bahagian tengah limau tersebut. Ambil dan masukkan gula batu di dalam lubang tersebut. Limau tersebut hendaklah diletakkan dalam periuk di tengah-tengah periuk nasi dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi tersebut masak, ambil buah limau sunkist itu dan makan ia sambil didahului dengan selawat kepada nabi s.a.w. Ulangi setiap kali anda memasak nasi sehingga batuk anda sembuh.

6. Nasi
Campurkan 2 sudu nasi panas yang baru sahaja masak dengan seikit air di dalam cawan. Embunkan nasi itu selama semalam dan cuba minum airnya pada keeesokan paginya.

Anda mungkin berminat mengetahui rahsia limau nipis sejak turun temurun.

Facebook Comments