6 Petua Bagaimana Hilangkan Benjol Yang Ramai Tidak Tahu

Bagaimana hilangkan benjol? Anda pasti pernah mendapat benjol yang selalunya berlaku di dahi. Ia biasanya disebabkan oleh hentakan kuat pada bahagian dahi anda. Ia adalah suatu perkara normal namun anda mungkin tidak tahu cara bagaimana bagi menghilangkan benjol dengan mudah dan cepat. Benjol memang kerap terjadi terutamanya pada kanak-kanak disebabkan kelasakan mereka.

BAGAIMANA HILANGKAN BENJOL

BAGAIMANA HILANGKAN BENJOL

PETUA BAGAIMANA HILANGKAN BENJOL

1. Air panas
Apabila anda benjol maka seeloknya anda perlu cepat-cepat tuamkan benjol itu  dengan air panas atau letak minyak panas pada benjol tersebut.

2. Ais batu
Ambil ketulan ais dan masukkan ke dalam beg plastik. Ikatkannya dengan kemas. Lepas itu balut plastik tadi dengan kain atau tuala nipis supaya ianya tidak menjadi telalu basah. Kaedah ini memang kerap digunakan oleh pasukan bantuan kecemasan.

3. Daun jarak & abu dapur
Bagi merawat dahi anda yang benjol disebabkan terhantuk, boleh ambil beberapa helai daun jarak dan bungkuskan bersama dengan abu dapur yang sederhana panas. Tekapkan pada bahagian yang benjol sehingga hilang panas abu tersebut.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

4. Bawang kecil/halia
Ambil bawang kecil atau halia. Tonyohkan pada benjolan pada dahi anda. Memang sakit tapi ianya berkesan.

5. Asam jawa & garam
Dapatkan asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacaukan sehingga kedua-dua bahan itu larut didalam air dan menjadi pekat. Ambil dan sapukan air larutan garam dan asam itu ke bahagian yang benjol itu. Dalam lebih kurang 10-15 minit, benjolan itu akan menjadi semakin mengecil dan mengempis. Kemudian ianya insyaAllah akan hilang sama sekali dari dahi anda.

6. Daun sirih & minyak masak
Dapatkan 2 hingga 3 helai daun sirih dan daun itu disapukan dengan sedikit minyak masak. Lepas tu layurkan daun sirih itu di atas nyalaan api. Apabila dah terasa panas, tekapkan daun sirih itu pada tempat yang mengalami benjol.

Amalkan petua-petua dan tips bagaimana hilangkan benjol di atas, insyaaAllah berkesan. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan ye :)

 

Facebook Comments