5 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir Wajib Anda Ketahui!

Penjagaan bayi baru lahir merupakan sesuatu yang rumit bagi setiap ibu & bapa yang baru menimang cahaya mata. Bagi mereka ia adalah suatu pengalaman yang baru di mana mereka perlu mereka pelajari bagi memastikan simanja mendapat penjagaan yang betul dan terbaik.

penjagaan bayi baru lahir

penjagaan bayi baru lahir

Tip Penjagaan bayi baru lahir yang perlu anda tahu!

1. Mandian Bayi

Setiap bayi perlu dimandikan dengan air suam bagi mengelakkan bayi kesejukan. Air sejuk tidak sesuai kerana bayi mungkin boleh mendapat selsema dimana ada waktu selsema yang teruk yang boleh menyebabkan bayi mengalami demam panas.

2. Keringkan

Selepas bayi dimandikan, anda perlu mengeringkan badannya dengan tuala yang lembut dan kering. Lapkan seluruh badan termasuk tali pusatnya. Sapukan tali pusatnya dengan ubat yang telah disediakan oleh pihak hospital.

3. Lampin

Tukarkan lampin bayi anda dengan kerap. Anda perlu pastikan lampin yang basah tidak dibiarkan terlalu lama pada bayi anda bagi mengelakkan ruam lampin.

4. Pakaian

Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang selesa dan sesuai. Bagi waktu siang pakaikan pakaian berongga/berlubang bagi mengelakkan bayi panas dan berpeluh. Pada waktu malam pula pakaikan pakaian yang berlengan panjang dan bertutup bagi mengelakkan bayi kesejukan.

5. Sendawa

Selepas menyusukan bayi anda, sebaiknya anda sendawakannya bagi mengelakkan daripada muntah dan kembung perut.