5 Petua Merawat Sengugut Yang Wanita Tidak Tahu

Petua Merawat Senggugut khas buat para wanita di luar sana. Semua sedia maklum semasa senggugut ada yang mengalami kesakitan yang teruk. Ini bergantung pada keadaan dan hormon badan seseorang wanita itu dan tahap kesakitan sengugut berbeza bagi setiap individu di mana ada juga yang langsung tidak merasa sakit. Di sini kami kongsikan serba sedikit petua merawat sengugut/datang haid/datang bulan yang biasa diamalkan oleh masyarakat melayu turun temurun.

Petua Merawat Sengugut & Datang Bulan

Petua Merawat Sengugut & Datang Bulan

5 PETUA MERAWAT SENGUGUT

1. Pinang tua

 Anda perlu ambil sembilan biji pinang tua, ambil dan bakarkan pinang tua itu tanpa menggunakan minyak sehingga menjadi arang, setelah itu tumbukkannya sehingga halus. Campurkan serbuk pinang yang bakar itu dengan 1 cawan air suam.Amalkan minum air ini selama 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang bulan.

2. Halia

Halia juga mampu membantu merawat sengugut. Anda perlu ambil segenggam halia, tumbuk ia sehingga lumat & masukkan halia yang telah ditumbuk ke dalam segelas air suam. Setelah halia itu mendap, minum air tersebut didahulukan dengan selawat.

3. Jarum Emas 

Boleh juga mengamalkan minum air rebusan rumput jarum emas atau ada yang mengenalinya sebai rumput padang semasa kedatangan atau sebelum haid anda.

4. Serbuk Halia & Serbuk Lada Hitam

Ambil serbuk halia atau anda boleh gunakan halia yang telah ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan serbuk lada hitam . Gunakan kuantiti yang sama banyak antara kedua bahan tersebut. Selepas itu isikannya ke dalam kapsul kosong. Amalkan memakan 2 biji kapsul tadi selepas makan tengahari & malam 2 minggu atau seminggu sebelum anda datang haid.

5. Teh Pahit

Anda juga boleh membuat air teh pahit tanpa gula. Minum teh pahit ini ketika anda datang haid.

 

Berdasarkan maklumbalas ramai petua ke 5 merupakan yang paling mujarab bagi merawat sengugut.