5 Petua Merawat Kurap Secara Semulajadi

Petua merawat kurap ini mengandungi 5 cara mujarab yang terbukti berkesan dalam mengatasi dan merawat kurap. Bahan-bahan yang digunakan adalah mudah diperolehi dan amat berkesan dalam membantu mengatasi masalah kurap yang sememangnya kerap berlaku ditempat-tempat sensitif.

Petua Merawat Kurap Yang Mujarab

Petua Merawat Kurap Yang Mujarab

 

5 Petua Merawat Kurap Secara Semulajadi

1. Gunakan Kunyit hidup
Dapatkan seketul kunyit hidup dan ketukkan kunyit hidup itu dengan menggunakan pisau. Ambil dan sapukan bahagian kuning kunyit hidup itu pada kulit yang emngalami kurap sebelum anda masuk tidur. Amalkan menyapu kunyit hidup itu pada setiap malam.

2. Gunakan Daun jambu
Ambil 10 cawan daun jambu dan cincangkan. Masukkan daun jambu tadi ke dalam periuk yang siap diisi dengan 2 liter air. Rebuskan ianya selama sekurang-kurangnya 15 minit. Tapiskan air rebusan itu dan tambahkan dengan air paip biasa secukupnya untuk anda buat mandi. Amalkan mandi dengan air ini setiap hari.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

3. Gunakan Sayur bayam
Sayur bayam juga boleh digunakan untuk merawat kurap. Ambil dan tumbukkan sayur bayam sehingga lumat. Ambil dan campurkan ia dengan sedikit kapur sirih. Campuran tadi disapukan pada bahagian kulit yang mengalami kurap dan dibiarkan sehingga kering. Amalkan petua ini setiap hari.

4. Gunakan Daun peria
Anda juga boleh mencuba menggunakan daun peria. Ambil beberapa helai daun peria dan basuhkan sehingga bersih. Ramas-ramaskan dan gosokkan pada bahagian kulit yang mengalami berkurap. Cuba amalkan selalu.

5. Gunakan Santan kelapa & kangkung
Petua terakhir ialah dapatkan santan pekat seeloknya dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbukkan ianya  sehingga lumat. Campur dan gaulkan santan itu bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang mengalami berkurap. Biarkan ianyan sehingga menjadi kering. Cuba buat setiap hari untuk melihat kesannya.

Kurap merupakan penyakit kulit yang kerap terjadi dan ianya seeloknya dirawat sebelum ianya merebak dengan lebih teruk. Ada kes yang dimana jangkitan kurap merebak ke seluruh muka dan badan. Dengan mengamalkan petua-petua tradisional rawatan ke atas kulit yang mengalami kurap dapat di kawal dengan segera.

Facebook Comments