5 Petua Menghilangkan Ketuat Dengan Semulajadi

Petua Menghilangkan ketuat ini adalah menggunakan bahan semulajadi dan ia banyak membantu kepada sesiapa yang menghadapi masalah ketuat pada badan. Ketuat adalah sesuatu yang menimbulkan ketidakselesaan dan kadang-kadang boleh menyebabkan kesakitan jika ia ditumbuh ditempat-tempat tertentu. Ketuat biasanya tumbuh di kawasan seperti muka,siku, leher,kaki dan lain-lain bahagian badan.

Petua Menghilangkan Ketuat

Petua Menghilangkan Ketuat

PETUA MENGHILANGKAN KETUAT

1. Kapur sirih
Ambil kapur sirih dan sapukan ke atas ketuat dan biarkan ianya kering. Anda perlu lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu mengering dan luruh dengan sendirinya.

2. Abu ubat nyamuk
Dapatkan abu ubat nyamuk, dan bancuhkannya dengan sedikit air. Ambil bancuhan ubat nyamuk tadi dan sapukan pada ketuat anda dan biarkannya sehingga kering. Buat beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh dengan sendiri.

3. Daun kesum
Ambil beberapa helai daun kesum dan tumbukkan sehingga lumat. Campurkan daun kesum yang telah dilumat dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini atas ketuat anda dan biarkan ianya kering. Buat beberapa kali sehingga ketuat anda mengering dan luruh dengan sendirinya.

4. Minyak masak
Ambil lidi dan celupkan lidi tadi ke dalam minyak masak yang sedang panas.Titik pada ketuat itu dan biarkan ianya sehingga kering. Buat beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh dengan sendirinya.

5. Getah pelepah betik
Sapu getah daripada pelepah betik yang telah dipetik secara terus dari pokok betik ke atas ketuat anda dan biarkannya kering. Buat beberapa kali sehingga ketuat itu mengering dan luruh dengan sendiri.

 

Selamat mencuba dan semoga tips dan petua menghilangkan ketua ini bermanfaat buat anda. Jangan lupa share ye.