9 Rahsia Kebaikan Limau Nipis Yang Anda Tidak Tahu

Kebaikan limau nipis memang banyak. Kelebihan dan kebaikan limau nipis memang diketahui sejak turun temurun. Disini kami kongsikan 9 kebaikan limau nipis yang mungkin anda tidak tahu.

Kebaikan Limau Nipis

Kebaikan Limau Nipis

1. Hilangkan bau Badan
Limau boleh menghilangkan bau badan dan ketiak. Hiriskan limau dan sapu di bawah ketiak anda. Buat setiap kali anda mandi dan lihat kesannya bau badan anda akan hilang dan menjadi segar.

2. Memutihkan Gigi
Ambil dan gunakan kulit limau dan ditambahkan sedikit garam. Gosokkan pada gigi anda. Lama-kelamaan gigi anda akan menjadi putih.

3. Mengecilkan Liang Roma
Ambil hirisan limau, kemudian sapukan secara rata ke seluruh muka anda. Biarkan sebentar, kemudian gosok perlahan-lahan dan bilaskan. Amalkan dan kulit akan terasa tegang dan bersih.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
4. Kulit Kepala
Untuk kebersihan kulit kepala boleh perahkan air limau dan letakkan di atas kulit kepala dan lumurkan dengan rata ke seluruh kulit kepala. Biarkan ianya selama sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian anda perlu basuhkannya dengan air suam. Kulit kepala terasa segar dan bersih.
5. Memutihkan Kulit
Kisar limau nipis dan lumurkan ke seluruh badan anda. Biarkan selama beberapa minit dan basuh. Limau itu akan bertindak sebagai agen pengelupasan sel yang mati dan mampu mengecilkan pori muka.
6. Membersihkan Nikotin pada Gigi Anda
Hiris nipis-nipis limau nipis dan sapukan pada bahagian gigi anda.
7. Mengurangkan hitam pada siku dan lutut
Ambil limau nipis dan digosokkan pada siku dan lutut
8. Menghilangkan Bau Kaki
Ambil limau nipis dan gosokkan pada seluruh tapak kaki anda
9. Buang toksin dalam badan
Amalkan minum air jus limau setiap hari. Ia mampu membuang toksin dalam badan anda.
Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif atau kering, anda tidak digalakkan melakukan petua di atas kerana dikhuatiri akan memberi kesan negatif pada kulit anda. Jika ia ada memberikan kesan tidak baik sekiranya anda mencuba petua ini maka kami syorkan anda berhenti menggunakannya. Ada orang yang tidak serasi dengan petua kebaikan limau nipis ini.
Facebook Comments

No Responses