10 Pulau Paling Cantik Di Dunia Wajib Anda Tahu!

Mari kita lihat 10 pulau paling cantik di dunia untuk tahun 2017. Dengan pantai yang bersih, air yang biru jernih meperlihatkan semua hidupan di dalamnya dan kecantikan resort di setiap pulau ini pasti memukau setiap pelawat dan pencinta alam sekitar.

10 Pulau Paling Cantik Di Dunia

10. Pulau St. Lucia

10 Pulau Tercantik Di Dunia 2017

St. Lucia adalah satu pulau yang terletak di Caribbean yang terkenal dengan pantainya yang cantik. Pulau ini mempunyai 2 gunung berapi yang menyebabkannya mempunyai kolam air panas semulajadi yang sangat best dan kampung nelayan yang sangat cantik dan teratur.

9. Pulau Kauai, Hawaii

Pulau Kauai

 

Merupakan pulau tertua di kepulauan Hawaii dan terkenal dengan kecantikan lanscape dan taman semulajadinya. Lautnya biru dan anda boleh melihat coral dan hidupan lautnya yang sememangnya jauh lebih cantik daripada pulau-pulau yang lain.

8. Kepulauan Seychelles

Pulau Seychelles

Pulau Seychelles terletak di timur afrika dan merupakan antara lokasi kegemaran pelancong. Ekosistemnya yang masih dipelihara dan hutannya dilindungi oleh UNESCO.

7. Pulau Fiji

Pulau Fiji

Pulau Fiji adalah antara lokasi kegemaran pelancong daripada Australia. Pulau tropika dengan pantai berpasir putih dan air berwarna turqoise menarik ramai pelancong untuk melrasai keindahan pantai dan lautnya.

6. Pulau Maui, Hawaii

pulau-Maui-Hawaii

Pulau Maui adalah salah sebuah pulau di kepulauan Hawaii yang kaya dengan hidupan laut, warisan dan budaya yang menarik. Maui mempunyai bentuk muka bumi yang menarik untuk diterokai termasuklah sebuah gunung berapi 10 ribu kaki, air terjun dan coral laut yang sangat cantik.

5. Maldives

Pulau maldives

Maldives memang sudah lama terkenal sebagai antara pulau tercantik di dunia.

4. Bali, Republik Indonesia

Pulau bali

Bali merupakan satu pulau di republik indonesia di mana terkenal dengan budaya, seni dan muziknya. Pulau ini mempunyai gunung berapi dan air laut yang jernih kebiruan. Selain itu pelancong juga boleh melawat tinggalan-tinggalan sejarah kuil hindu di sini.

3. Pulau Santorini, Greece

Pulau santorini greece

Santorini adalah satu pulau di Greece yang dipenuhi oleh banyak villa cantik berwarna putih dan bangunan berkubah biru.

2. Pulau Bora-bora

pulau Bora-bora

Pulau Bora-bora terkenal dan pantai dan lautnya sangat cantik melayakkannya ia pulau kedua tercantik.

1. Pulau Palawan

Pulau Palawan Filipina

Pulau Palawan adalah pulau tercantik di dunia dan terletak di Filipina. Landscape semulajadinya sangat menawan hati. Anda pasti berpuas hati jika melancong ke sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge